Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia. Kecoh dan panas. Uber telah membuat satu peraturan baru di mana driver uber yang nak pick up di KLIA dan KLIA 2 dikenakan sistem FIFO iaitu fiirst in first out. Maksudnya mana-mana driver yang masuk dahulu ke kawasan zone fifo uber di KLIA / KLIA 2 akan dapat rider dulu. Itu juga bermakna, tips uber dan grab di klia / klia2 tak bermakna lagi untuk pemandu uber dan hanya sesuai di amalkan untuk grab sahaja.
Sistem ini telah di adakan di banyak airport seluruh dunia termasuk di Penang tetapi baru sahaja di perkenalkan di airport KLIA dan KLIA 2. Apakah keburukkan dan kebaikkan sistem fifo uber ini kepada driver? Adakah sistem ini mampu memberikan kesan yang positif atau negatif kepada driver uber di Malaysia? FIFO zone ini hanyalah untuk pemandu uber sahaja, untuk pemandu grabcar tiada perubahan akan berlaku buat masa ini.
![]() |
| Kredit: Pipi |
Walau apa pun, Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia ni telah di laksanakan dan driver terpaksa mengikut. Takkan nak mogok pulak kan. Yang pasti, akan ada yang mendapat income yang lebih rendah dari sebelum ini dan ada yang mengalami kenaikan income jika berkayuh di klia dan klia 2 sahaja.


0 Response to "Uber FIFO Zone di KLIA dan KLIA 2 Malaysia"
Post a Comment