Kategori dan senarai jenis kereta untuk Grabcar Malaysia


Selepas daftar sebagai pemandu Grabcar Malaysia, korang tentulah nak tahu kereta korang masuk ketagori mana sebagaimana Uber ada kategori X, XL dan Black kan. Untuk grab pun ada kategori juga, jangan bimbang. Tidak semua kereta layak untuk di daftarkan sebagai kereta grab kerana grab nak menjaga mutu khidmatnya. tetapi kebanyakkan kereta adalah layak.

Bermula Jan 2017 ni, kereta di buat tahun 2006 tidak layak lagi didaftar untuk grab. Kereta tahun 2007 - 2010 kena buat inspection semasa daftar sebagai pemandu Grabcar di Malaysia. Apa yang di nilai semasa inspection grab ya? Korang boleh tengok dalam borang inspection kereta Grabcar ni. Mudah je inspection grab ni. Bukan inspection kat puspakom ya. Ini staff grab yang buat dekat lokasi kiosk atau hq grab. Korang kena bawa kereta ke sana untuk di check. Kereta tahun 2011 - 2017 tak memerlukan inspection oleh Grab. Lepas pendaftaran dengan senangnya. Pastikan korang ada lesen full ( bukan P ) semasa mendaftar.
Baca lagi »
Download

0 Response to "Kategori dan senarai jenis kereta untuk Grabcar Malaysia"

Post a Comment