Program Grab Ambassador. Apakah itu Program Grab Ambassador sebenarnya. Program Grab yang baru ini adalah untuk memberikan lebih kelebihan kepada pemandu grab yang setia 100% kepada Grab. Wow... 100% ni yang letih sikit ni kan. Macam tak boleh nak buat Uber dengan Grab serentak. Tapi takpe, kita fokus dulu kepada Program Grab Ambassador ni untuk post kali ini.
Grab mengajak pemandu-pemandu Grab untuk mendaftar dengan Program Grab Ambassador ni tetapi bukan satu paksaan. Kalau korang pemandu grab tetapi tak nak daftar pun boleh juga. Nanti korang secara automatik akan di masukkan ke dalam salah satu program lain yang di namakan Program Grab-Pro dan Program Grab-Flexi. Apakah program-program ini semua? Untuk apakah program-program ini diperkenalkan kepada pemandu Grab Lembah Klang?
Ini yang kita nak kaji di sini sebenarnya. Apakah kebaikkan kepada pemandu. Yang kita tahu Grab cuba membunuh pesaingnya iaitu Uber yang secara puratanya memberikan tambang yang lebih murah kepada rider. Itu purata sahaja, mungkin dipengaruhi keadaan trafik dan sebagainya.

0 Response to "Program Grab Ambassador"
Post a Comment