Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2. Biasanya ramai driver uber dan grab akan menunggu di klia / klia 2 ( k1 dan k2 ) menyebab persaingan untuk mendapat ping di kalangan driver uber dan grab sangat tinggi. Ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tunggu sejam pun belum tentu boleh dapat ping. Kadang-kadang ada sahabat-sahabat driver yang mudah dapat ping. Apakahnya rahsianya,
Edisi bongkar kali ini akan berkongsi tentang cara untuk senang dapat ping di klia . klia 2. Benda ini adalah subjektif tetapi sedikit sebanyak boleh menolong driver untuk mendapat ping dan rider di klia / klia 2. Korang boleh pertimbangkan benda-benda ni jika korang serius nak mengayuh di klia / klia 2.
Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2
Tip-tip yang saya cuba kongsikan ini di harap tidak menyebab otai-otai uber dan grab marah pada saya. Jauh sekali saya nak kacau pendapatan mereka. Saya hanya berkongsi sebab rezeki tu masing-masing kata orang. Kita boleh berikhtiar selebihnya berserah kepadaNya.
1. Guna smartphone yang ada spec tinggi. Secara lojiknya, spec tinggi ni akan senang dapat signal. Smartphone kena support 4g ke atas. Sudah tentulah spec tinggi lagi bagus kan dan harga lagi mahal. Boleh la kalau nak kena beli baru, beli asus. Cari yang spec tinggi. Korang boleh semak contoh smartphone yang kurang dikomplain mengenai masalah network.
2. Guna line telco yang power. Mana satu yang power. Ada yang kata macam-macam. Tetapi seseorang yang boleh di percayai, di klia / klia 2 ada pencawang umobile dan maxis ( betul ke tidak, saya tak dapat pastikan ). Jadi 2 network ni saya cadangkan untuk kayuh di klia / klia 2. Ini secara keseluruhannya la.


0 Response to "Tips nak dapat ping senang di KLIA / KLIA 2"
Post a Comment