Delicabs adalah satu penyedia baru dalam perkhidmatan kereta penghantaran seperti pemandu Uber dan pemandu Grabcar dan sudah semestinya untuk bersaing dengan sistem yang telah lama dan establish, Delicabs kena sediakan plan bisnes yang mantap untuk bersaing. Delicabs ini masih baru dan sedang rekrut driver untuk menggunakan aplikasi Delicabs ni tetapi saya tidak nampak lagi promosi untuk digunakan oleh penumpang pula. Kalau driver ramai penumpang tak ada pun tak boleh juga sebab tak seimbang.
Boleh try Delicabs ni memandangkan pendaftarannya ada yang percuma dan ada berbayar tengok kepada pakej yang ada iaitu pakej 1 dan pakej 2 Delicabs. Pilih mana korang nak la. Korang boleh daftar direct dengan pejabat ataupun daftar kat fleet yang sedang giat mencari driver. Saya cadangkan korang daftar yang percuma dulu walaupun Delicabs akan caj atas tambang sebanyak 13% berbanding dengan pakej 1 yang berbayar di mana caj yang di kenakan adalah 10% sahaja.

0 Response to "Cara pengiraan tambang Delicabs"
Post a Comment