Hari pertama sebagai pemandu Uber


Saya nak kongsikan sikit pengalaman saya pada hari pertama saya menjadi pemandu uber secara part time. Selepas habis waktu kerja, pukul 5.30 petang saya online uber partner app untuk menerima call / ping daripada penumpang / rider uber. Tak sampai 10 minit ada pin masuk dan saya terima dengan perasaan yang agak gabra. Sebab pertama kali kan. Nak guna uber partner app pun belum mahir lagi nih. Kat mana nak tekan dan sebagainya. Saya daftar sebagai pemandu Uber dulu pun secara online sahaja, daftar sendiri cari-cari kat internet panduan untuk daftar sebagai driver Uber di Malaysia ni. Oh ya, saya di Cyberjaya dan menggunakan kereta Uber black. Nanti saya cerita mengenai uber black lain kali. Ini jenis-jenis kategori kereta dalam uber. Uber blask ni premium sikit la. Saya guna kereta Toyota Altis 1.8. Selain Uber, korang juga boleh buat duit sebagai pemandu Grabcar di Malaysia.

Selepes terima pin, saya tekan navigate ( google maps ) untuk ke destinasi rider. Dekat je dalam 1.5 km sahaja. Info ni semua ada dalam uber partber app. Di sebabkan masalah jarang guna google maps, dah terlajak pula dah. Dah nak sampai ke destinasi, tetiba jadi jauh pulak ( boleh tengok di uber partber app ). Terpaksa pusing jauh sikit dekat Shafbury tuh sebab rider ada kat situ. Sekarang saya menggunakan Waze dan  sudah biasa dengan Waze ni. Sekarang ramai driver Uber yang suka berkayuh di KLIA / KLIA2. Jika anda nakkan tips Uber di KLIA / KLIA 2, boleh baca kat post tu.
Baca lagi »
Download

0 Response to "Hari pertama sebagai pemandu Uber"

Post a Comment