Seronok sebenar jadi pemandu kereta uber ni. Boleh jumpa macam-macam jenis orang dengan pelbagai ragam sebab mereka dah bayar kan servis pemandu uber. Jadi mereka dah jadi macam boss. Yang baik pun ada, peramah malah lebih ramah dari driver uber itu sendiri. Korang boleh baca pengalaman hari pertama saya pemandu uber.
Saya nak kongsi sikit contoh pendapatan sebagai pemandu uber dalam seminggu sebab setiap minggu uber akan bagi bayaran gaji uber nih. Ikut kerajinan dan nasib juga la. Ini bukan income uber saya, saya ambil dari group whatsapp uber. Ada banyak group whatsapp uber ni. Kena rajin mencari.
RM710.55 dalam seminggu. Banyak gak tu kan. tapi kena tolak minyak dan maintenance kereta. Jadi itulah income pemandu uber ni. Uber akan ambil 25% daripada tambang. Dalam seminggu uber akan kira. Jika sudah ada bayaran secara tunai dari rider, uber akan tolak siap-siap.


0 Response to "Contoh income pendapatan uber dalam seminggu"
Post a Comment