Cara MUDAH daftar jadi pemandu UBER



Info ini adalah mengenai cara daftar untuk jadi pemandu uber. Cara untuk jadi driver uber ni senang je, nak daftar senang sahaja tak memerlukan skill yang tinggi. Malah anda juga akan di berikan insentif yang menarik jika anda menjadi pemadu uber. kalah grab car tuh.

Untuk daftar jadi pemandu uber, anda memerlukan beberapa dokumen penting. Nanti anda semak kat bawah. Serius saya cakap, jadi pemandu uber memang boleh menambah pendapatan anda. Uber tengah meletup kat Malaysia, jadi ini peluang baik bagi anda. Pastikan kereta anda berumur tak lebih dari 7 tahun.

Cara daftar jadi pemandu UBER

Cara nak daftar pemandu uber ni taklah susah sangat. Tak perlu nak pergi kursus apa pun seperti dulu. Terdapat beberapa langkah untuk daftar jadi pemandu uber ni.

Anda kena sediakan 3 dokumen penting iaitu salinan softcopy ic anda, softcopy lesen memandu dan softcopy cover note insuran kereta anda. Untuk senang, anda ambil gambar ketiga-tiga dokumen ini guna smartphone anda. Pastikan terang ya dan boleh nampak nama anda dan info penting yang lain. Dokumen untuk anda upload masa daftar jap lagi ( upload tu ialah hantar dokumen-dokumen tu ke uber )

Anda kena daftar dengan uber secara online. Sekarang semua main online je senang sikit. Tak payah nak pergi ke pejabat uber tuh. Anda kena masuk website uber untuk daftar jadi pemandu uber. Untuk memudahkan anda, anda boleh klik link di bawah untuk daftar, sama juga.


Isikan maklumat penting diri anda seperti email dan sebagainya. bagi alamat tempat tinggal anda. Untuk pengetahuan anda, walaupun ada berada di Ipoh ( contohnya ), anda masih boleh jadi pemandu uber di kawasan lain. Masa pendaftaran pemandu uber ni, anda akan diminta untuk memberikan 3 dokumen tadi iaitu salinan ic, salinan lesen memandu dan salinan cover note insuran kereta anda. Anda upload ke uber masa daftar.

Lepas itu,  anda cari aplikasi " Uber partner " dekat googleplay smartphone anda dan download aplikasi tersebut. Logi Uber partner adalah seperti di bawah.


Lepas tu anda log in ke aplikasi uber partner yang anda download menggunakan email/ no telefon dan password yang anda berikan semasa mendaftar ( langkah 2 ). Anda kena tunggu 2-3 hari untuk pihak uber aktifkan akaun anda. dari semasa ke semasa anda on applikasi uber partner anda untuk mengetahui status anda. Hinggalah pihak uber akan menghantar email kepada anda mengatakan akaun anda telah aktif. Contoh email dari uber:


Email dari uber tentang akaun uber yang telah diaktifkan

Anda ready untuk jadi pemandu uber dan mula membuat duit dengan menjadi pemandu uber,
Itulah langkah-langkah untuk mendaftar sebagai pemandu uber.

Berminat? Anda boleh daftar pemandu uber hari ni juga.

Terima kasih kerana membaca Cara daftar jadi pemandu UBER.

Langkah seterusnya:







Download

0 Response to "Cara MUDAH daftar jadi pemandu UBER"

Post a Comment