Kali ni aku nak citer skit trip ke 5 aku dengan uber black ni. Bukan apa pun, saja nak bagi pemandu uber yang baru tu berani sikit nak ambik rider dan hantar ke lokasi yang diorang nak. Buat permulaan korang boleh hantar kat tempat-tempat yang dekat dulu, ke lokasi yang korang tahu. Ini boleh menimbul rasa keyakinan korang sebagai pemandu uber sama ada part time atau full time. Biasa kalau part time ni kurang motiasi sikit. Kalau pemandu baru, malas nak ambik ping takut rider uber nak pergi ke destinasi yang korang tak nak pegi kan.
Aku pun kira baru jugak la dan sekali sekala je on Uber applikasi ni bila ada masa terluang. Sebagai pemandu part time uber, aku sekarang ni lebih yakin untuk memandu kerata uber black ni. Setelah tahu sikit-sikit kerenah rider uber, rasa yakin tu meningkat. Rider tak semuanya seperti yang kita sebagai pemandu uber ni bayangkan. Ada yang sporting dan ucapkan terima kasih kerana menghantar mereka ke satu-satu destinasi, iya mungkin penting bagi mereka nak cepat kan.

0 Response to "Trip ke 5 Uber Perdana Lakeview West ke Neo Cyber Cyberjaya"
Post a Comment